Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Terima Zakat Perniagaan Hampir RM1.7 Juta.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyampaikan zakat berkenaan kepada Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini yang mewakili Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.

KUALA KANGSAR, 1 April 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1,644,556.00.

Sesi penyerahan itu didahului oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang diwakili oleh pengerusinya, YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM520,000.00.

Seterusnya, ia diikuti oleh Celcom Digi Berhad yang diwakili oleh Ketua Hal Ehwal Kerajaan Celcom-Digi, Encik Haji Roslan Rosli dengan jumlah RM419,454.00.

Sementara itu, Telekom Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengurus Besar TM, Haji Badrul Hisham Bahari turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM309,855.00.

Turut melakukan penyerahan, Boustead Plantations Berhad yang diwakili oleh pengarahnya, Encik Izaddeen Daud dengan jumlah RM295,247.00

Yang terakhir adalah GB13 Group Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Balakumarr Karupiah dengan jumlah RM100,000.00.

Semua penyerahan zakat perniagaan tersebut dilakukan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, NGO, Sektor Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Belia di Istana Iskandariah, di sini.

Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; YTM Raja Kecil Besar, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah dan YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Haji Zainuddin (Bersara).

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama isterinya, Datin Seri Aezer Zubir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini dan Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YABhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato’ Seri Wan Mohd. Fathir @ Wan Fadzir Wan Hussain.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.