Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.
YAB Menteri Besar Perak ketika Majlis Penyerahan Bubur Lambuk.
IPOH, 10 April 2023 - Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan tahun ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak telah mengadakan Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk bertempat di parkir bas, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Program tersebut bermula seawal jam 8.30 pagi dan melibatkan kerjasama kesemua bahagian di PSUK Perak bagi penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada proses memasak, membungkus serta edaran.
Sebanyak 900 bekas bubur lambuk telah disediakan dan majlis penyerahannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
Dalam perkembangan sama, Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk Bangunan Perak Darul Ridzuan merupakan acara tahunan dan diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga bangunan di samping memupuk sifat bersedekah.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.