Skip to main content

Majlis Iftar YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Ahli Kesedar Dan Keluarga 2023.

Tazkirah ringkas oleh Penolong Pengurus Unit Harta dan Wakaf, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak, Encik Amirul Hakim Mad Said.

IPOH, 13 April 2023 – Seramai hampir 800 orang hadir ke Majlis Iftar YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Ahli-Ahli Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) dan Keluarga yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tetamu yang hadir adalah daripada kakitangan dan ahli keluarga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Majlis yang diadakan sekitar jam 6.30 petang itu dimulakan dengan kehadiran YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Yang Dipertua KESEDAR, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang diiringi oleh Naib Yang Dipertua KESEDAR, YBhg. Dato’ Nor Sham Rahman.

Majlis tersebut turut diberkati dengan tazkirah ringkas oleh Penolong Pengurus Unit Harta dan Wakaf, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak, Encik Amirul Hakim Mad Said serta alunan tahlil dan doa.

Antara tujuan utama majlis yang dianjurkan setiap tahun itu adalah untuk meraikan ahli KESEDAR dan keluarga selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah Sipun.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim turut meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan duit raya khusus kepada anak-anak ahli KESEDAR.

Majlis turut dimeriahkan dengan telatah anak-anak KESEDAR yang menghiburkan tetamu yang hadir.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.