Skip to main content

Pertandingan EKSA Wujud Semangat Kerjasama.

Sesi penyerahan Sijil Cemerlang EKSA SUK Perak kepada YBhg. Dato’ Nor Sham Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan EKSA, SUK Perak.

IPOH, 19 Jun 2023- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Tahun 2023.

Dalam pertandingan berkenaan, 7 kategori telah dipertandingkan yang membawa wang tunai RM300 dan sijil penghargaan bagi setiap kategori. Penyampaian hadiah telah disampaikan kepada ketua jabatan bahagian masing-masing.

Bagi kategori Zon Terbaik, Workstation Terbaik dan Bilik Pegawai Terbaik telah dimenangi oleh Zon Ibnu Khaldun dari Unit Perancang Ekonomi (UPEN), ia diwakili oleh Timbalan Pengarah (K) UPEN, Puan Haslinda Alias untuk menerima hadiah.

Manakala, Bilik Mesyuarat Terbaik dan Sudut EKSA Terbaik telah dimenangi oleh Zon Akar Dani dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang diwakili oleh Setiausaha Bahagian, BKP, Puan Nuruljaswa Abd Hamid untuk menerima hadiah.

Kategori seterusnya adalah Pantri Terbaik dan Sudut Go Green Terbaik yang telah dimenangi oleh Zon Floraria, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Mewakili menerima hadiah bagi bahagian tersebut adalah Setiausaha Bahagian, BPSM, Encik Mohd Azraie Harun.

Pertandingan ini bertujuan bagi menyemarakkan semangat bekerjasama serta dapat menonjolkan kreativiti setiap bahagian.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Anita Amri selaku Penyelaras EKSA SUK Perak.

Turut berlangsung, sesi penyerahan Sijil Cemerlang EKSA SUK Perak kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham Rahman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan EKSA, SUK Perak.

Terdahulu, pada 6 Mac hingga 8 Mac 2023, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan Audit Pensijilan Semula EKSA SUK Perak.

SUK Perak telah menerima pensijilan cemerlang daripada MAMPU bertarikh 15 Mac 2023 hingga 14 Mac 2025.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.