Lawatan Kerja Delegasi Kerajaan Negeri Perak Ke Betong, Thailand.
YB SUK bersama delegasi ketika lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Betong.
YALA, 23 Jun 2023 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bersama barisan pegawai daerah negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Betong, Thailand.
Lawatan rasmi ini dimulakan dengan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Betong, Mr Eak Youngapai Na Songkhla di Pejabat Daerah Betong.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh barisan ketua-ketua jabatan daerah Betong.
Seterusnya, delegasi kerajaan negeri dibawa melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Betong sebelum meneruskan agenda makan malam bersama Timbalan Gabenor Yala, Mr Anan Busamran.
Terdahulu, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Daerah Bil 2/2023 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu,

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.