Skip to main content

DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Berkenan  Menyempurnakan Program Lawatan Ke Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Segari.

DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan sesi lawatan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari.

MANJUNG, 15 Julai 2023- DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Program Lawatan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, di sini.

Ketibaan baginda telah disambut oleh YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin serta YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Dato' Mohd Zolkafly bin Harun.

Usai sesi bergambar bersama dif-dif jemputan, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah telah diberikan sembah taklimat mengenai spesis dan statistik penyu di negeri Perak oleh YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Dato' Haji Azahari bin Haji Othman.

Selesai sesi sembah taklimat tersebut, baginda telah dibawa ke kolam penyu karah, kolam penyu agar, nurseri asuhan anak penyu dan galeri pameran statik untuk sesi lawatan.

Sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkesempatan untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sarang penyu, sesi penanaman pokok Ambung-Ambung dan pelepasan penyu.

Dalam perkembangan sama, Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari merupakan salah satu kawasan tarikan para pelancong di negeri Perak.

Pusat tersebut terletak berhampiran pantai Pasir Panjang yang menjadi lokasi strategik pendaratan penyu bertelur di samping menjadi destinasi para pelancong untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai proses pemeliharaan dan pemuliharaan penyu.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.