Skip to main content

Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2023.

Antara tetamu jemputan yang hadir malam ini

IPOH, 30 Ogos 2023 - Lebih 10,000 orang membanjiri Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2023 seawal jam 8.00 malam.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan isterinya, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin turut menghadiri sambutan itu pada jam kira-kira 10.40 malam diiringi oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Sambutan itu dimulakan dengan persembahan tarian nyanyian oleh Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Perak dan persembahan Koir oleh SMJKC Sam Tet, persembahan Tarian Sekolah Seni Malaysia Perak, persembahan nyanyian oleh Mayanz Machans, Salindang Sari A/P Saliman dan Liew Pi Yen.

Majlis dimeriahkan dengan acara kemuncak iaitu pengiraan detik dan laungan ambang merdeka serta pertunjukan bunga api sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurut YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, sambutan Ambang Merdeka tahun ini dimeriahkan dengan tiga program lain yang diadakan serentak iaitu temasya budaya @ negeri Perak anjuran JKKN Perak, Pesta Citarasa Sambal anjuran SWA TV dan Sarong Festival oleh Kelab Sukan Olahraga Bagirun yang bermula pada 30 Ogos hingga 2 September 2023.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Encik Loh Sze Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Cik Nurmalis binti Musa.

Terdahulu, 800 peserta telah menyertai Kayuhan Merdeka 2023 di pekarangan Persiaran Bandaraya Ipoh.

Pelepasan kayuhan telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Sandrea Ng Shy Ching mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.