Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Rasmi Masjid Al-Khairiyah Kg. Kepayang, Taman Fair Park.

Baginda bergambar bersama anak-anak kecil di majlis perasmian tersebut.

IPOH, 30 Ogos 2023 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Al-Khairiyah Kg. Kepayang, Taman Fair Park, malam ini.

Ketibaan baginda pada jam 7.00 malam telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang- Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato' Seri Mohd. Annuar bin Zaini serta YB Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

Sebaik tiba, baginda disambut dengan persembahan seni silat.

Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok dan seterusnya membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian masjid tersebut.

Sebelum berangkat pulang, baginda berkenan menunaikan solat Maghrib bersama para tetamu yang hadir.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.