Skip to main content

Mesyuarat Agung Tahunan AUEGCAS Perak Tahun 2023.

Para tetamu bergambar bersama.

IPOH, 13 Oktober 2023 - YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Cawangan Perak Darul Ridzuan di Dewan Serbaguna, Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan, petang ini.

“Syabas dan tahniah kepada AUEGCAS Negeri Perak atas penyertaan lebih 1,200 orang ahli. Ini adalah ahli yang tertinggi berbanding dengan keahlian di negeri-negeri lain.

“Saya juga ingin memaklumkan pihak Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited untuk memberi kerjasama kepada mana-mana kesatuan sekerja termasuklah AUEGCAS supaya hubungan dan persefahaman antara pekerja dan majikan terjalin dengan harmoni dan baik,” jelasnya.

Tambahnya lagi, setiap penjawat awam diberikan ruang dan peluang untuk menyertai aktiviti kesatuan atas kelulusan daripada ketua jabatan selagi ia tidak menjejaskan kerja hakiki dan kepentingan perkhidmatan.

Hadir sama, Presiden AUEGCAS Malaysia, Encik Asman bin Haji Mohd Nawawi; Setiausaha Agung AUEGCAS Malaysia, Encik Amir Hamzah bin Yakat Ali; Setiausaha AUEGCAS Negeri Perak, Encik Hafizan bin Raluh@Ali dan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Encik Mohd Kamal bin Osman.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Wednesday 28 May 2025, 07:21:42.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.