Skip to main content

Kunjungan Hormat Biro Pengaduan Awam Putrajaya Ke Pejabat SUK Perak.

Ketibaan beliau disambut oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman_ YBrs. Puan Mufidah binti Mahfoz_ Encik Azraie bin Harun dan Encik Mohamad Fadzli bin Haji Tarmizi

IPOH, 19 Oktober 2023 - YBrs. Ketua Pengarah, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Biro Pengaduan Awam (BPA), Encik S. Letchumanan A/L Shanmugam bersama delegasinya telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, petang ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Timbalan Pengarah Kanan, SUK Perak, Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Mufidah binti Mahfoz; Setiausaha Bahagian, SUK Perak, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Azraie bin Harun dan Setiausaha Bahagian, SUK Perak, Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Mohamad Fadzli bin Haji Tarmizi.

Lawatan kerja tersebut dimulakan dengan lawatan ke Dewan Negeri Perak diiringi oleh Setiausaha Bahagian, SUK Perak, Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Encik Muhammad Nazri bin Abdullah.

Seterusnya, YBrs. Encik S. Letchumanan A/L Shanmugam menghadiri sesi taklimat pengenalan dan perbincangan di Bilik Gerakan yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman.

Manakala, sesi taklimat berkaitan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, SUK Perak, Bahagian Korporat, Puan Anita binti Amri.

Menurut YBrs. Encik S. Letchumanan A/L Shanmugam, kerjasama antara jabatan dan agensi berkaitan pengurusan aduan awam amat menggalakkan di negeri ini.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa Pengarah BPA Perak turut terlibat menghadiri persidangan di Dewan Negeri Perak.

“Itu semua adalah keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam pengurusan aduan awam. Malah, setiap jabatan dan agensi turut bekerjasama untuk mengambil tindakan dan memberikan maklum balas yang segera kepada setiap aduan," ujarnya ketika menyampaikan ucapan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), JPM, BPA, Encik Mohamed Nasser bin Abdul Razak; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JPM, BPA; Encik Kamalazira bin Pauzi dan Pengarah BPA Perak, Encik Mohd Hizaz bin Mohd Ibrahim.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.