Skip to main content

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri 10

Kerajaan Negeri Perak hari ini menganjurkan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 siri ke-10.

BAGAN DATUK, 23 November 2023 - Kerajaan Negeri Perak hari ini menganjurkan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 siri ke-10 yang berlangsung di Dewan Lope Hashim, petang ini.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad berkata, pada hari ini sebanyak 90 aduan telah diterima. Dari siri-1 ke siri ke-9, sebanyak 1308 aduan telah diterima dan 1013 atau 77 peratus aduan telah berjaya diselesaikan manakala 295 aduan lagi masih dalam tindakan.

Tambahnya lagi, turut diadakan Jualan RAHMAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama rakan strategik SEGI Fresh dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang melaksanakan jualan murah barangan keperluan asas dengan potongan sehingga 50 peratus.

"Malah, saya berkesempatan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Younchang Engineering and Construction (M) Sdn. Bhd. dan Chin Hin Group Berhad bagi cadangan Projek Bagan Datuk International Fishery Industrial Park.

"Melalui MoU ini, MB Inc. dan dua rakan kongsi strategik berkenaan akan memajukan satu pusat industri perikanan bertaraf global sekali gus menjadi pemacu antara ekonomi utama dalam industri perikanan dan makanan halal di Bagan Datuk.

"Selain memberi nilai tambah kepada perkembangan ilmu serta kepakaran teknologi tinggi dalam industri bidang perikanan dan produk perikanan yang dihasilkan di Malaysia, inisiatif itu juga dijangka mampu menyediakan lebih 5,500 peluang pekerjaan," jelasnya.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Encik Anuar Zainal Abidin serta ahli barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.