Baginda telah memperkenankan penubuhan Majlis Perundingan Masjid pada 30 Ogos 2023.
IPOH, 23 Februari 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bertitah agar agenda menoktahi kemiskinan tegar menjadi tumpuan kerajaan negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, dengan matlamat mengagihkan kekayan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat.
Baginda menitahkan, usaha pembasmian kemiskinan bukan sekadar memberi fokus kepada peningkatan pendapatan, tetapi turut mengambil kira kualiti dan kesejahteraan hidup direalisasikan dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang kukuh serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik.
“Berdasarkan data eKasih, jumlah kemiskinan tegar yang dikunci pada 31 Januari 2023 ialah seramai 9,402 Ketua Isi Rumah. Berdasarkan sumber data yang sama, sehingga 31 Disember 2023, jumlah tersebut telah menurun kepada 3,911 Ketua Isi Rumah, menunjukkan penurunan lima puluh lapan peratus. Penurunan angka kemiskinan tegar ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk usaha dan inisiatif oleh pentadbiran daerah serta semua agensi pemberi bantuan yang memberikan komitmen yang tinggi.
“Menyediakan rumah mampu milik yang sangat diperlukan oleh rakyat berpendapatan rendah merupakan tanggungjawab fardu kifayah yang sangat dituntut untuk dipenuhi. Kerajaan Beta perlu tegas melaksanakan program perumahan rakyat. Memenuhi keperluan perumahan rakyat hendaklah diutamakan dan didahulukan, berbanding memenuhi agenda komersial mengaut keuntungan oleh pemaju. Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menganggarkan 57,407 unit rumah diperlukan menjelang tahun 2030.
“Pada masa yang sama, Yayasan Perak melaksanakan Program Sayangi Rumahku, program bantuan perumahan baharu secara percuma dan program baik pulih dan pembaikan rumah kepada golongan miskin. Program Rumah Perakku Prihatin pula menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah kepada golongan sasar yang layak,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bertitah lagi bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan Majlis Perundingan Masjid pada 30 Ogos 2023 berperanan sebagai forum untuk menerokai idea-idea inovatif, menyuntik nilai tambah, memperkenalkan program pengimarahan masjid yang lebih dinamik, yang berjaya menarik minat dan penyertaan para belia.
“Masjid tidak harus membatasi peranan sebagai tempat bersolat semata-mata, tetapi hendaklah berperanan sebagai penjana intelektualisme dan daya kreativiti masyarakat setempat.
“Aspirasi para belia amatlah penting diberikan perhatian. Belia ialah khazanah penting masyarakat dan tabungan kekayaan masa hadapan negara,” titah baginda.
Baginda mengakhiri titah dengan menyeru semua rakyat untuk bangunkan negeri Perak dalam semangat menggabungkan kekuatan yang ada sesama rakyat, menghayati semangat ‘bersatu teguh-bercerai roboh’.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â