DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berangkat Ke Majlis Penutup Hadiah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak.
Keberangkatan tiba baginda berdua
IPOH, 7 Mac 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1445H/2024M di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini.
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YB Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini serta YBrs. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Tuan Harith Fadzillah bin Abdul Halim.
Dr. Anuar bin Hasin yang sebelum ini adalah johan sebanyak tujuh kali, sekali lagi menjadi johan pada tahun ini manakala Puteri Kalimatul Azzua binti Hamid yang pernah memenangi johan qariah peringkat kebangsaan pada 2020 dan kali ini beliau adalah johan qariah dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sijil dan pakej menunaikan umrah sebanyak RM10,000.
Bagi naib johan qari pula, dimenangi oleh Mohd Kamaruzaman bin Daud dan Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi Norhazira Nabila binti Mohd Kamel dan Munirah binti Razali di tempat ketiga.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil.
Bagi hafazan pula, Muhammad Adib bin Ahmad Rozaini muncul johan qari bagi kategori 1-30 juzuk manakala qariah hafazan pula dimenangi oleh Allama Al Aini binti Aziz@Abdul Aziz dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta pakej menunaikan umrah sebanyak RM10,000 dan sijil.
Dalam perkembangan sama, pemenang pertandingan tilawah dan hafazan kali ini akan mewakili negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Kuantan, Pahang pada Mei depan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.