Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri Serta Ketua Jabatan Negeri Perak.

Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri serta Ketua Jabatan Negeri Perak di Istana Iskandariah.

KUALA KANGSAR, 16 Mac 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri serta Ketua Jabatan Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini.

Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.

Turut hadir, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Orang Besar-Orang Besar Jajahan Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan.

Mengakhiri majlis, baginda berkenan berbuka puasa bersama 240 orang tetamu serta menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan Terawih secara berjemaah.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.