Innorace Uji Tahap Kreativiti dan Inovasi Setiap Pasukan - 9 September 2014

IPOH, 9 SEPTEMBER 2014 - Pertandingan Innorace sempena Konvensyen KIK Dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2014 yang telah diadakan di Taman Dr Seenivasagam dilihat menguji tahap kreativiti dan inovasi bagi setiap pasukan yang bertanding dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Pertandingan Innorace anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ini telah berjaya menarik minat penyertaan 19 kumpulan terdiri dari Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan sekolah-sekolah.
Johan Innorace 2014 ini dimenangi pasukan dari Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perak, diikuti tempat kedua pasukan dari Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh, dan tempat ketiga dimenangi pasukan Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Negeri Perak. Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000, tempat ke-2 wang tunai RM 500 dan tempat ke-3 menerima wang tunai berjumlah RM 250.
Hadiah kepada setiap pemenang disampaikan YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Razali bin Othman di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan selepas tamat pertandingan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber: Korporat, SUK Perak.







Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.