YB SUK Sempurnakan Majlis APC 2023 Dan Jasamu Dikenang PDT Kampar.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika Majlis Penyampaian APC 2023 dan Jasamu Dikenang PDT Kampar.
IPOH, 5 Jun 2024 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim hadir bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 serta Jasamu Dikenang Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar, di Hotel M Roof, di sini.
Pada majlis tersebut, seramai tujuh orang kakitangan PDT Kampar telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang, 36 orang menerima Anugerah Terampil manakala lima orang lagi menerima Anugerah Khas Pegawai Daerah.
Anugerah tersebut diberikan bagi menghargai komitmen, jasa dan sumbangan kakitangan PDT Kampar dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Sesi penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Hadir sama YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan Tualang Sekah; YB Ahli Parlimen Kampar, Encik Chong Zhemin; YB Ahli Parlimen Gopeng, Encik Tan Kar Hing; YB Ahli Dewan Negeri kawasan Malim Nawar, Puan Bavani Veraiah; YB Ahli Dewan Negeri kawasan Keranji, Puan Angeline Koo Hai Yen; YBrs. Pegawai Daerah Kampar, Encik Nazrul Fazami bin Mohamad; YDH Orang Besar Jajahan Kampar, Toh Sedewa Raja Dato' Abdul Talib bin Abd. Fahmi serta ketua-ketua jabatan PDT Kampar.
Pada majlis tersebut, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada dif-dif kenamaan yang hadir atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh mereka bagi memastikan PDT Kampar terus cemerlang.
Sumber : Korporat, SUK Perak.