Program Mesra HBP Siri Keempat Di Daerah Manjung.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad prihatin mendengar keluhan rakyat.
MANJUNG, 10 Jun 2024 - Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) siri keempat diteruskan ke daerah Manjung. Program tersebut telah diadakan di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, di sini.
Sebanyak 200 aduan telah diterima. Sehingga siri ketiga yang lepas, daripada 595 aduan yang diterima, sebanyak 540 (98%) aduan telah diselesaikan. Baki 55 (2%) aduan masih dalam tindakan.
Terdahulu, turut diadakan Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030.
Di majlis berkenaan, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad telah mengumumkan tiga agenda baharu dalam Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti dan Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta YBrs. Pegawai Daerah Manjung, Encik Shamsul Ridzuan bin Idris.
Sumber : Korporat, SUK Perak.