Skip to main content

Penganjuran Bengkel Pembentukan Kerangka Ekonomi Biru Negeri Perak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Maisarah binti Ahmad

IPOH, 17 Ogos 2024 - Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak kerjasama Institut Darul Ridzuan telah menganjurkan Bengkel Pembentukan Kerangka Ekonomi Biru Negeri Perak di Hotel M Roof, Ipoh.

Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini bertujuan untuk membincangkan asas dan input kepada pembentukan kerangka berdasarkan kekuatan, potensi, halangan dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan ekonomi biru di negeri Perak.

Seramai 60 orang peserta merangkumi jabatan negeri dan persekutuan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) turut sama hadir dalam bengkel ini.

Selain itu, sesi perkongsian ilmu telah diadakan oleh penceramah dari Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (INOS-UMT).

Penceramah tersebut adalah YBrs. Timbalan Pengarah INOS-UMT, Prof. Madya Dr Effi Helmy bin Ariffin; YBrs. Ketua Pusat Tadbir Urus Lautan (COG), INOS-UMT, Prof. Dr. Wan Izatul Asma binti Wan Talaat dan YBrs. Ketua Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), INOS-UMT, Prof. Madya Dr. Mohd Uzair bin Rusli.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.