DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Rasmi UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.
Baginda berkenan menandatangani plak perasmian di majlis berkenaan.
TAPAH, 22 Ogos 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perak Kampus Tapah.
Turut berkenan berangkat, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar Bin Raja Ziran @ Raja Zaid.
Pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir dalam sembah ucapannya berkata peranan pendidikan tinggi bertambah penting dalam dunia yang sedang berkembang pesat hari ini.
“Generasi muda kini berhadapan dengan evolusi teknologi yang begitu pantas dan pelbagai cabaran seiring dengan lajunya arus teknologi bukan sahaja dalam bidang kemahiran mereka, malah dalam mengharungi arus kehidupan seharian.
“Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa. Nilai kemanusiaan, kerohanian, moral dan etika pada para pelajar juga perlu diterapkan supaya mereka mampu menghadapi pelbagai cabaran pada masa kini,” jelasnya.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato' Mohd Zahir bin Abdul Khalid dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.