Skip to main content

Program Dialog Belanjawan 2025 Negeri Perak Darul Ridzuan.

YAB Menteri Besar Perak ketika Program Dialog Belanjawan 2025 Negeri Perak.

IPOH, 2 September 2024 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad hadir bagi menyempurnakan Program Dialog Belanjawan 2025 Negeri Perak Darul Ridzuan di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini.

Sesi tersebut melibatkan perbincangan antara kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Perak bersama ketua-ketua jabatan negeri, ketua-ketua agensi negeri serta ahli-ahli dewan negeri bagi membincangkan pengisian bagi Belanjawan 2025 Negeri Perak.

Program tersebut dimulakan dengan sesi pembentangan dapatan Survei Belanjawan 2025 Negeri Perak yang telah dilaksanakan pada 22 Ogos hingga 30 Ogos yang lalu oleh YBrs. Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Maisarah binti Ahmad selaku moderator.

Survei tersebut bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas rakyat dalam membantu kerajaan negeri bagi merancang belanjawan dengan lebih berkesan, berhemah dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi dialog bagi memberi peluang kepada hadirin yang hadir untuk mencurahkan idea serta pandangan kolektif mereka agar dapat bersama-sama merangka belanjawan negeri yang memfokuskan kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Dalam sesi tersebut, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad berkesempatan untuk menjawab dan menyelesaikan hal-hal berbangkit yang diutarakan kepadanya berkaitan sejahtera ekonomi; sejahtera sosial dan sejahtera politik seperti yang terkandung dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Yang di-Pertua Dewan Negeri, YB Dato’ Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin serta barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 22 May 2025, 09:50:19.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.