Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Istiadat Kawalan Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak

KUALA KANGSAR, 9 November 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Istiadat Menghadap Taat Setia serta Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah, di sini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang di-Pertua Dewan Negeri, YB Dato' Mohd Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Dewan Negara serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen diketuai Kolonel Abdul Rahim bin Hamzah.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Regimen Altileri Diraja yang berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Mejar Hafizan bin Mat Ghani.

Bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan tahun ini, seramai 213 penerima telah mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak.

Daripada jumlah tersebut, seramai 59 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing di Istana Iskandariah di Bukit Chandan di sini, hari ini.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.