Skip to main content

Jualan Agro Madani @ SUK Perak Tawar Produk Barangan Berkualiti Pada Harga Berpatutan.

YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan barangan makanan kepada pengunjung yang hadir

IPOH, 26 Februari 2025 – YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak telah merasmikan Program Jualan Agro Madani @ SUK Perak di dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi membantu rakyat mendapatkan produk makanan pada harga yang lebih berpatutan.

Program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bertujuan meningkatkan keboleh dapatan dan ketersediaan bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai ruang pasaran bagi mengimbangkan harga jika terdapat lebihan hasil pertanian.

FAMA dalam satu kenyataan memaklumkan sepanjang tahun 2024, sebanyak 459 Program Jualan Agro Madani telah diadakan di premis kerajaan, kawasan perumahan dan tumpuan penduduk dengan nilai jualan sebanyak RM10.9 juta.

Program tersebut melibatkan 7,373 orang usahawan dan dianggarkan telah memanfaatkan 240,000 orang pengunjung dengan penjimatan sehingga 30% dalam perbelanjaan keperluan harian.

Barangan keperluan yang ditawarkan termasuklah ayam, ikan, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan kawalan serta keperluan runcit harian.

Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Dato' Haji Mohd Zolkafly bin Harun, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan; Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi, YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO; Encik Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA serta ketua-ketua jabatan.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.