Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar.

Baginda berdua berkenan bercemar duli berangkat ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR, 8 Mac 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar bagi membeli juadah berbuka puasa bersama-sama rakyat.

Turut sama mengiringi baginda, YABhg. Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; Encik Muhammad Nazri bin Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Kangsar; YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar dan YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Baginda berdua dilihat berkenan membeli beberapa juadah antaranya martabak di gerai Murtabak Hj Mohamad dan Keluarga (Pak Mad), ayam susu, pulut udang, kek buttercream dan air balang.

Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar menempatkan 242 lot gerai dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa antaranya kuih-muih, lauk-pauk dan minuman.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.