Skip to main content

Mesyuarat JAKPAW Negeri Perak Darul Ridzuan Siri 24/2025.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi JAKPAW Perak ketika mempengerusikan mesyuarat.

IPOH, 28 April 2025  – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak Darul Ridzuan Siri 24/2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan peranan Askar Wataniah dalam sistem pertahanan negara di peringkat negeri, serta merancang dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang dijadualkan bagi tahun 2025.

Selain itu, mesyuarat itu turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pasukan Askar Wataniah melalui program promosi, pengukuhan latihan berterusan, dan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta, serta komuniti setempat.

Diharapkan hasil perbincangan dan keputusan mesyuarat ini akan memperkuatkan lagi barisan Askar Wataniah di Negeri Perak, sekaligus mendorong rakyat untuk lebih komited dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menyemarakkan semangat patriotisme yang lebih jitu.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak yang juga Timbalan Pengerusi JAKPAW Perak; YBrs. Brig Jen Mohd Rosli bin Abu Bakar, Panglima 2 Briged; YBrs. Kol Syed Nasir bin Sayed Mahadi, Komander Rejimen 503 Askar Wataniah; YDH Toh Seri Bijaya Lt Kol (B) Dato' Shaharudin bin Hj. Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung; YBhg. Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak; serta Ahli-Ahli JAKPAW Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.