Skip to main content

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2025.

Ketibaan YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad disambut oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

BATU GAJAH, 26 Mei 2025 - Komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam mendekati dan memahami keperluan rakyat terus diperkukuh melalui pelaksanaan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2025.

YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak berkata, lokasi kedua penganjuran HBP di luar Ipoh bagi tahun ini adalah seiring dengan pendekatan inklusif Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan akses dan manfaat yang lebih meluas kepada perkhidmatan kerajaan.

"Pada hari ini, sebanyak 130 aduan telah diterima meliputi pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Sehingga pelaksanaan siri kedua sebelum ini, kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah 236 aduan, dengan 167 (71%) daripada telah diselesaikan manakala baki 69 (29%) aduan masih dalam proses tindakan lanjut.

“Berdasarkan aduan-aduan yang diterima, kebanyakan berkaitan permohonan tanah, kerosakan jalan raya, lampu dan fasiliti kerajaan, isu haiwan rayau serta permohonan bantuan kewangan," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Program MESRA HBP Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2024 di Dewan Bandaran Kinta, di sini.

Tambahnya lagi, penganjuran HBP Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2025 ini melibatkan 71 kaunter khidmat pelanggan dan 3 kaunter bergerak supaya rakyat mendapatkan perkhidmatan maklumat secara terus daripada jabatan berkaitan.

“Turut diadakan ialah Jualan Rahmah oleh Syarikat Berkat Jaya dan Inflow Global Marketing yang memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga lebih berpatutan,” katanya.

Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta, .

Selain itu, HRD Corp, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) turut menjalankan satu lagi inisiatif strategik iaitu pelaksanaan National Training Week (NTW) 2025.

“NTW 2025 menyasarkan penyertaan 100,000 warga Perak, merangkumi lima bidang utama: Kemahiran Hidup, Kemahiran Masa Hadapan, Kewangan, Pembangunan Mampan, serta Kreativiti dan Inovasi, yang kesemuanya ditawarkan secara percuma kepada semua lapisan masyarakat dari April hingga Jun 2025.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pendekatan inklusif Kerajaan Negeri Perak dalam menyediakan peluang pembelajaran dan peningkatan kemahiran kepada rakyat,” jelasnya.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Monday 23 June 2025, 09:05:57.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.