Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah JKKN Perak Ke Atas YB SUK Perak.

 Encik Hisham bin Mat Husein menandatangani buku pelawat YB SUK Perak.

IPOH, 15 Ogos 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Hisham bin Mat Husein, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di Bilik Mesyuarat Korporat, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah Puan Zaiton binti Zakaria, JKKN dan Puan Nor Fairus binti Alias, Artis Budaya Kanan, JKKN.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dua hala antara Kerajaan Negeri Perak dan JKKN, khususnya dalam pembangunan seni, budaya, dan warisan negeri, selain penyelarasan program bersama.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting untuk memperkukuh persefahaman dan hubungan profesional antara kedua-dua pihak, demi memastikan kelestarian seni dan budaya negeri terus terpelihara.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.