Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak Ke Atas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Encik Azrul bin Hasan dan delegasi bergambar bersama YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

IPOH, 5 Januari 2026 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Azrul bin Hasan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Kunjungan itu bertujuan memperkukuh hubungan kerja serta membincangkan ruang kerjasama strategik antara Jabatan Penerangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat, komunikasi dasar serta penyaluran maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat.

Dalam pertemuan tersebut, Kerajaan Negeri Perak menzahirkan penghargaan atas peranan Jabatan Penerangan sebagai rakan strategik dalam memastikan maklumat berkaitan dasar, inisiatif dan program dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara berkesan, tepat serta mudah difahami oleh masyarakat.

Sementara itu, Encik Azrul bin Hasan turut menyatakan komitmen Jabatan Penerangan Negeri Perak untuk terus menyokong usaha Kerajaan Negeri Perak melalui pendekatan komunikasi yang lebih proaktif, inklusif dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.

Kunjungan hormat berkenaan mencerminkan kesepaduan dan sinergi berterusan antara agensi persekutuan dan kerajaan negeri dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kefahaman rakyat terhadap hala tuju dan agenda pembangunan negeri Perak.

Hadir sama, Encik Mohd Tazli bin Abd Hamid, Penolong Pengarah Cawangan Khidmat Pengurusan Kewangan; Encik Mohd Fauzi bin Rosli, Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat; Puan Haizuhailie binti Baharuddin, Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf Pengurusan Isu serta Puan Nornadia binti Muhaizan, Penolong Pengarah Cawangan Media Siber.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Wednesday 21 January 2026, 03:45:43.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.