Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ke Atas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

YBrs. Dr. Fakhruddin bin Amran menandatangani buku pelawat diiringi YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

IPOH, 5 Januari 2026 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Fakhruddin bin Amran, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YBhg. Dato' Dr. Feisul Idzwan bin Dato' Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Kunjungan itu bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara sektor kesihatan dan Kerajaan Negeri Perak, selain bertukar pandangan mengenai penambahbaikan perkhidmatan kesihatan awam serta pengurusan fasiliti hospital utama di negeri ini.

Pertemuan berkenaan turut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan langkah kawalan dan pencegahan penyakit denggi di negeri Perak, termasuk pengukuhan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat.

Penekanan turut diberikan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bagi memutuskan rantaian pembiakan nyamuk Aedes.

Dalam pertemuan tersebut, Kerajaan Negeri Perak menzahirkan penghargaan atas komitmen berterusan pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, berkesan dan berfokuskan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, pihak pengurusan HRPB dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut menyatakan komitmen untuk terus mempergiatkan program kesedaran awam serta memperkukuh tindakan pencegahan penyakit berjangkit melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak.

Kunjungan hormat tersebut mencerminkan hubungan kerja yang erat antara Kerajaan Negeri Perak dan agensi kesihatan dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Wednesday 21 January 2026, 03:45:43.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.