Skip to main content

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Tahun Baru Piala SSI

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hadir ke Majlis Penyampaian Kejohanan Golf Tahun Baru Piala SSI

IPOH, 17 Januari 2026 – YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Tahun Baharu Piala Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang berlangsung di Royal Perak Golf Club (RPGC), di sini.

Hadir sama YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak merangkap Pengerusi RPGC; YABhg. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Pengerusi SPA Perak serta YBrs. Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI.

Kejohanan anjuran SSI dengan kerjasama Royal Perak Golf Club (RPGC) itu melibatkan penyertaan seramai 120 orang peserta dalam kalangan ahli RPGC dan berlangsung dalam suasana kompetitif serta profesional.

Bagi kategori Overall (0–18), Amir Azman bin Dato’ Yusuf muncul juara dengan catatan 41 mata (OCB), diikuti Tun Abdul Nasir bin Ramly selaku naib juara, manakala tempat ketiga dimenangi Heng Puochuin. Tn. Hj. Azahar bin Kamaruddin dan Zainuddin bin Muhammad masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.

Dalam kategori Best Gross, Irmanzylee bin Rawi dinobatkan sebagai pemenang, manakala Fong Mum Kin muncul naib juara.

Kategori A Medal (0–12) menyaksikan Siva A/L Gopal merangkul kejuaraan, diikuti Johari Sham bin Ahmad Shohor Affendi di tempat kedua. Norman Yeoh Yuan You dan Joshua Lim Phan Yih masing- masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Bagi kategori B Medal (13–18), Shahriman bin Saharuddin muncul juara, diikuti Jared Joshua Tan anak Clyne Hardy selaku naib juara. Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Salleh bin Sahat dan Teoh Chong Yeen.

Sementara itu, kategori C Medal (19–24) dimenangi Cheng Weng Teck, diikuti Darius Teh Chee Hin di tempat kedua. Daniy Zulfiqar bin Dazaly, Ahmad Zuhairi bin Misham Zail dan Chong Yee Syuen masing-masing menamatkan saingan di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Dalam kategori Ladies, Alysha Yan Wai Kuan muncul juara, diikuti Ooi Pooi Ni sebagai naib juara, manakala Poo Chooi Chee di tempat ketiga.

Diharapkan kejohanan ini dapat menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dan komuniti sukan, selain menyemarakkan budaya hidup sihat serta mengangkat imej sukan golf sebagai medium perpaduan dan pembangunan sukan di Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Wednesday 25 February 2026, 23:34:53.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.