Skip to main content

YB SUK Perak Sempurnakan Penyerahan Daging Korban Kepada 278 Penerima : 29 Mei 2026.

Seramai 278 orang menerima agihan daging korban menerusi Sesi Penyerahan Sumbangan Daging Korban KESEDAR

IPOH, 29 Mei 2026 – Seramai 278 orang menerima agihan daging korban menerusi Sesi Penyerahan Sumbangan Daging Korban Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.

Sesi penyerahan simbolik tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Yang Dipertua KESEDAR di ruang legar, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Penerima agihan daging korban pada tahun ini melibatkan warga kerja daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Pejabat Kewangan Negeri Perak, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Digital, Bahagian Dewan Negeri dan MMK, Pejabat Menteri Besar, Bahagian Kerajaan Tempatan, Bahagian Korporat, Unit Integriti, Unit Audit Dalam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Majlis Sukan Negeri serta Lembaga Muzium Negeri Perak yang keseluruhannya melibatkan seramai 278 penerima.

Selain itu, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah menyumbangkan dua ekor lembu korban bagi menjayakan program berkenaan sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan terhadap warga kerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Program yang dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha ini bukan sahaja bertujuan menyantuni warga kerja melalui agihan daging korban, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Justeru, inisiatif yang dilaksanakan oleh KESEDAR ini diharap dapat terus memperkukuh nilai keprihatinan, kesyukuran dan semangat saling membantu dalam kalangan warga kerja, selaras dengan penghayatan ibadah korban yang menuntut pengorbanan, keikhlasan dan kebajikan terhadap masyarakat.

Hadir sama, Encik Muhammad Nazri bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Friday 19 June 2026, 15:48:25.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.