Skip to main content

Kunjungan Hormat My Digital ID Sdn. Bhd. Ke Atas YB SUK Perak : 18 Jun 2026.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bertukar cenderamata bersama Encik Mohamad Sany bin Yahaya

IPOH, 18 Jun 2026 – My Digital ID Sdn. Bhd. hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Delegasi My Digital ID Sdn. Bhd. diketuai oleh Encik Mohamad Sany bin Yahaya, Ketua Pegawai Komersil, bersama Encik Azhar bin Hassan, Pengurus Kanan Bahagian Kerjasama Perniagaan dan Cik Raja Emilia Suzieana binti Raja Azman, Pengurus Kanan Bahagian Kerjasama Perniagaan.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi membincangkan pelaksanaan integrasi platform Single Sign-On (SSO) MyDigital ID di peringkat Kerajaan Negeri Perak, selaras dengan usaha memperkukuh pendigitalan perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pertemuan itu turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam memperluaskan penggunaan identiti digital yang selamat dan dipercayai, sekali gus menyokong agenda transformasi digital sektor awam di negeri Perak.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dan My Digital ID Sdn. Bhd. dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah memperkasakan ekosistem digital yang lebih bersepadu, selamat dan mesra pengguna demi manfaat rakyat serta pembangunan negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Friday 17 July 2026, 08:53:14.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.