Seminar Transformasi Minda Usahawan Wanita ‘U-Boleh’ & Majlis Pelancaran Rumpun Spa : 9 April 2015

Puan Rozita Ibrahim menerima sijil penghargaan daripada YBhg. Dato' Munirah binti Abdullah Bajanuddin.
IPOH, 9 APRIL 2015 - YBhg. Dato Munirah binti Abdullah Bajanuddin, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita telah merasmikan penutupan Seminar Transformasi Usahawan Wanita ‘U-Boleh’ di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Seramai lebih 800 wanita yang terlibat dalam program ini telah diberikan pendedahan berhubung soal memajukan diri serta meningkatkan tahap kefahaman dalam mengubah minda wanita untuk terus berdaya saing dan maju ke hadapan. Program ‘U-Boleh’ ini juga menekankan aspek transformasi minda atau mengubah kaedah pemikiran daripada baik menjadi lebih baik serta memberi manfaat kepada mereka dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar.
Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenal kelebihan personaliti diri mereka dalam membangun kapasiti dan potensi diri untuk berdikari secara sosio-ekonomi. Disamping itu para peserta dapat menimba ilmu pengetahuan serta meningkatkan daya pemikiran melalui perkongsian pengalaman oleh penceramah jemputan.
Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada agensi-agensi yang terlibat dalam bidang keusahawan. Antaranya ialah MARA, SME Corp, TEKUN, AIM, FAMA dan Yayasan Bina Upaya. Sasaran utama program ini ialah daripada golongan Ibu Tunggal yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sama ada secara kecil-kecilan mahupun peringkat yang lebih tinggi khususnya peringkat antarabangsa.
Di Negeri Perak, terdapat 40 wanita yang bergerak secara aktif di bawah Jabatan Pembangunan Wanita yang telah mendapat persijilan daripada Sijil Kemahiran Malaysia dalam menceburi bidang keusahawanan khususnya kecantikan dan kesihatan. Para peserta ini telah mempunyai jenama yang tersendiri d ibawah Pemantauan Jabatan Pembangunan Wanita sendiri.
|
|
Lawatan YBhg. Dato' Munirah binti Abdullah Bajanuddin ke gerai jualan sempena Seminar Transformasi Minda Usahawan. |
|
|
Antara peserta yang telah berjaya dilatih oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak. |
 ![]() |
 Sesi bergambar bersama para tetamu jemputan. |
![]() |
YBhg. Dato' Munirah binti Abdullah Bajanuddin mendengar penjelasan mengenai produk yang dijual. |
![]() |
YBhg. Dato' Munirah binti Abdullah Bajanuddin, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita menyampaikan sijil kepada para peserta. |
Sumber: Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.