Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala KPPA : 22 Ogos 2015

YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian
IPOH, 22 OGOS 2015 - Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang julung-julung kali diadakan berjaya menarik minat lebih 100 penyertaan dari 27 pasukan bagi merebut piala yang dipertandingkan.
Kejohanan golf yang disertai pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai muda perkhidmatan awam dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi seluruh Negeri Perak ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.
En. Adila Sabri bin Muhamad dari Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dinobatkan selaku johan pada edisi pertama Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ( KPPA ) ini diikuti En Mohammad Nor Fuad dari Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ) ditempat kedua, dan ASP Ahmad Auzani bin Mohd Alani di tempat ketiga.
Johan menerima wang tunai bernilai RM 300, Piala Pusingan KPPA dan piala iringan manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM 250. Hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal di Meru Valley Golf & Country Club, Perak.
Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merupakan anjuran Koperasi Profesional Putrajaya (KOPROJAYA) Berhad bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang interaksi kepada pegawai-pegawai muda bersama-sama kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dalam suasana yang lebih santai. Ia juga menyediakan platform kepada pegawai-pegawai muda untuk meluaskan jaringan perhubungan antara satu sama lain merentasi skim perkhidmatan, gred dan latar belakang dalam perkhidmatan awam yang berbeza.
ÂÂÂÂ
|
|
YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan menyampaikan hadiah kepada YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal yang menduduki tempat kesembilan keseluruhan. |
|
|
YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal ketika membuat pukulan |
|
|
Exco Kerajaan Negeri, YB Dato' Shahrul Zaman Yahya turut serta dalam Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala KPPA |
Sumber: Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.