Pameran Kesenian Islam : Seni Iluminasi Al-Quran Dan Khat : 27 Julai 2016

Ucapan perasmian oleh YB Puan Salbiah Bt Mohamed selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
IPOH, 27 JULAI 2016 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah mengadakan satu Pameran Kesenian Islam : Seni Iluminasi Al-Quran Dan Khat yang mempamerkan pelbagai jenis manuskrip lama. Pameran ini merupakan anjuran PPANPk yang berlangsung dari 25 Julai 2016 hingga 14 Ogos 2016 yang bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan gimik perasmian oleh YB Puan Salbiah Bt Mohamed selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk). Menurut beliau, iluminasi merupakan satu set idea yang terhasil untuk melakar corak dalam manuskrip Al-Quran yang bercirikan flora.
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan informasi mengenai kesenian Islam dalam peradaban Melayu serta mengenali manuskrip lama yang berasal dari Pantai Timur, Acheh dan Pattani. Aktiviti lain yang turut dijalankan ialah lawatan ke pameran dan taklimat ringkas mengenai kepentingan seni iluminasi di dalam Al-Quran.
![]() |
|
|
|
![]() |
![]() |
 |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.