Majlis Pecah Tanah Dan Pelancaran Projek Rumah Amanjaya Perak Darul Ridzuan : 9 Mac 2017

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika memberi ucapan perasmian di majlis tersebut.
9 MAC 2017, SERI ISKANDAR - Kerajaan Negeri Perak, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) bakal membina 112 unit rumah di Felcra Nasaruddin, daerah Perak Tengah bagi membantu penduduk setempat untuk memiliki rumah sendiri pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Projek perumahan yang dibina ini merupakan projek perumahan pertama LPHP yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Perumahan Awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri Perak akan memperuntukkan kuota sebanyak 5 peratus bagi golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan belia untuk memiliki rumah di bawah seliaan (LPHP).
"ia merupakan pendekatan terbaharu kerajaan negeri dalam membela nasib ketiga-tiga golongan ini untuk memiliki rumah sendiri." kata YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika memberi ucapan di Majlis Pecah Tanah Dan Pelancaran Projek Rumah Amajaya Perak Darul Ridzuan di Felcra Nasaruddin, sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak Daerah Perak Tengah.
Projek Rumah Amanjaya Perak Darul Ridzuan ialah hasil penjenamaan semula rumah kos rendah yang mempunyai reka bentuk setaraf rumah kos sederhana. Rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 buah tandas ini mempunyai keluasan 750 kaki persegi bagi Rumah Amanjaya I dan 860 kaki per segi bagi Rumah Amanjaya II.
Kerajaan negeri telah merancang untuk membina sebanyak 1,200 unit Rumah Amanjaya I dan II bermula dari tahun 2017 sehingga 2018. Kesemua Rumah Amanjaya ini akan dibangunkan di atas tapak tanah strategik yang disediakan oleh kerajaan negeri di beberapa daerah yang telah dikenal pasti.
|
|
Orang ramai menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ke majlis. |
|
|
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melihat model Rumah Amanjaya Perak Darul Ridzuan yang bakal dibina. |
|
|
Penduduk-penduduk setempat yang hadir di Majlis Pecah Tanah Dan Pelancaran Projek Rumah Amajaya Perak Darul Ridzuan di Felcra Nasaruddin. |
|
|
Gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Dan Pelancaran Projek Rumah Amajaya Perak Darul Ridzuan yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.