Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia : 3 Mei 2017

YB Menteri Besar Perak dan pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri yang dianugerahkan pangkat kehormat bergambar bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
IPOH, 3 MEI 2017 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas sumbangan serta sokongan padu beliau kepada agensi itu.
Majlis penganugerahan pemakaian pangkat kepada YAB Menteri Besar Perak itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Sementara itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan turut menerima penganugerahan pangkat daripada JBPM apabila dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Turut dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat), YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Gazali Jalal, dan YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Rusnah Binti Kassim.
Manakala YB Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Majlis penganugerahan pingat ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 yang disambut pada 5 Mei 2017 di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, Perak.
|
|
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. |
|
|
YB Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh JBPM. |
|
|
YB Dato' Rusnah Binti Kassim turut dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim. |
|
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat). |
<![]() |
Ketua JBPM, menyempurnakan majlis penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Mohd Gazali Jalal. |
<![]() |
YAB Menteri Besar Perak dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berbual dan beramah mesra bersama Ketua Pengarah JBPM selepas selesai majlis. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.







Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.