Sidang Media Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Ke-66.
IPOH, 4 November 2022 - YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato Sri’ Mohd Zuki Ali mendahului senarai 212 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-66 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Beliau yang yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15 pada 1 Januari 2020, dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Ia diikuti oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Razarudin Husain yang dikurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima, manakala YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak menerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’.
Sementara itu, bagi Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Dato’ diberikan kepada 15 penerima.
Antara penerima DPMP, YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, S M Komathy; TYT Pesuruhjaya Tinggi Kementerian Luar, Zakri Jaafar; YBhg. Ketua setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Dato’ Rosli Isa; YBrs. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Puan Anis Rizana Mohd Zainudin; YBrs. Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Encik Jaafar Sidek Hj. Abdul Rahman; YBrs. Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Encik Shamshuzaman Sulaiman dan YBrs. Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Ker Hong Bee.
Selain itu, turut menerima DPMP, YBrs. Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya (JKR), IR. Zulkipli Nasri; YAA Ketua Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Tuan Haji Ab. Rahman Thobroni Mohd Mansor; YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Encik Haji Mubarak Ali Gulam Rasul; YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacub; YBrs. Pakar Perunding Bedah Kanan dan Ketua Jabatan Bedah Kardiothorasik Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Alwi Mohamed Yunus; YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Sunway, Prof. Dr. Lee Fuh Yen; YBrs. Presiden Selangor and Federal Territory Eurasian Association, Puan Sheila Eleanor De Costa serta YBhg. Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Datin Paduka Prof. Dr. Mehrun Siraj.
Lima menerima Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) membawa gelaran Dato’ Pahlawan, iaitu Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Muda Abd Halim Shaari; Penasihat Pertahanan ATM, Brig. Jen. Safwan@Asri Ismail; Komander Jurutera Medan Barat ATM, Mejar Jeneral Abdul Hamid Mohd Isa.
Turut menerima DPTS, Pengarah Kesihatan MATM BPK Markas Tentera Darat Malaysia, Brig Jen Mohd Ghazalli Mohd Taha serta Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Senior Asisten Komisioner, Shazeli Kahar.
Di samping itu, tujuh penerima dianugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 23 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 16 penerima.
Sementara Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 45 penerima, Pingat Pekerti Terpilih (PPT) 47 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 41 penerima dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) kepada 10 penerima.
Menurut YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Haji Zainuddin (Bersara), jumlah penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak pada tahun ini agak terhad.
“Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak akan diadakan pada satu tarikh yang akan diperkenankan oleh Sultan Perak.
“Sambutan pada tahun ini akan dimulakan dengan penganjuran majlis kesyukuran yang merangkumi bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat yang akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada hari ini,” katanya dalam satu sidang media di Laman Seri Ridzuan, di sini.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Dalam perkembangan sama, rakyat Perak diminta untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman masing-masing.
Sumber : Korporat, SUK Perak.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â