Mufti Perak Dahului Penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan.
YBhg. Mufti Negeri Perak mendahului senarai 24 orang penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan
KUALA KANGSAR, 5 November 2023 - YBhg. Mufti Negeri Perak, SS Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh mendahului senarai 24 orang penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Tahun 1445H/2023M.
Beliau yang dilantik sebagai Mufti Negeri Perak pada 1 Ogos 2022 lalu, dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri.
Turut menerima SPMP, YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato' Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed.
Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan itu telah dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dalam satu istiadat di Istana Iskandariah, di sini.
Berangkat mengiringi baginda ke majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid; YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; YAA Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat; YDH. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Razarudin bin Husain; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Parlimen; Ahli-ahli Dewan Negeri; Ahli-ahli Dewan Negara Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Menyusuli senarai penerima SPMP adalah YBhg. Panglima Angkata Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan YBhg. Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay yang menerima Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Dato' Seri Panglima.
Manakala bagi Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) dikurniakan kepada YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin.
Sementara itu, seramai 14 orang penerima dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'.
Antaranya ialah, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri, Dato' Salbiah binti Mohamed; TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke India, Dato' Muzafar Shah bin Mustafa; Pakar Kardiologi yang juga bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr. Lee Boon Chye; YBhg. Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini bin Kamaruzzaman dan YBhg. Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Dato' Profesor Ts. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib.
Turut menerima DPMP, YBhg. Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Dato' Nor Eni binti Ismail; YBhg. Pengarah Jabatan Kerja Raya, Dato' Ir. Hamdan bin Ali; YBhg. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson; YBhg. Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dato' Dr. Megat Iskandar bin Megat Abdul Hamid dan YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Dato' Haji Yahanis bin Yahya.
Antara penerima DPMP yang lain adalah, YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif CST Auto Group of Companies, Dato' P. Chandrasekaran; bekas Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Dato' Mohamed Shah Redza bin Hussein; YBhg. Presiden Persatuan Hoki Perak, Dato' Mohd Saiyuti bin Abd Samat serta YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' S.M Komathy Suppiah yang merupakan penerima bagi tahun 2022.
Selain itu, Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato' Pahlawan turut diberikan kepada lima orang penerima, antaranya YBhg. Inspektor Jeneral, Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Dato' Laksamana Muda Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin; YBhg. Ketua Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negar, Ibu Pejabat PDRM, SAC Dato' R. Suparamaniam; YBhg. Panglima Briged Kedua Infantri, Markas 2 Briged, Brigedier Jeneral Dato' Asri bin Shukor; YBhg. Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM, Brigedier Jeneral Dato' Sr. Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab serta bekas Ketua Pengarah Kesihatan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Brigedier Jeneral Dato' Dr. Leong Weng Foon (Bersara).
Pada istiadat tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut berkenan mengurniakan Anugerah Seniman Diraja kepada YBhg. Dato' Mohammad Nor bin Khalid atau Dato' Lat.
Anugerah tersebut bertujuan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar dan bermakna oleh seniman agung itu dalam memperkenalkan serta mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Dalam perkembangan sama, senarai penerima itu merupakan sebahagian daripada 238 penerima yang diumumkan pada 2 November 2023.
Bagi penerima Darjah Kebesaran dan Pingat yang lain, istiadat akan diadakan pada 18 November 2023 di Istana Iskandariah, di sini.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â