Skip to main content

NOTIS PEMAKLUMAN

TEMUDUGA PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI NEGERI PERAK
SESI 2020/2021

Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk TIDAK MENJALANKAN urusan Temuduga Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Sesi 2020/2021 sepertimana yang telah dijadualkan pada 16 hingga 26 Mac 2020 yang lalu.

Walau bagaimanapun, penawaran pinjaman pada tahun ini masih akan diberikan dengan menggunakan kaedah pelaksanaan pemarkahan atas talian sepenuhnya berdasarkan maklumat yang telah diisi oleh para pemohon di Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Perak (SPPTP). Segala kesulitan amat dikesali.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 05-209 5000.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK

FaLang translation system by Faboba
  • Copyright © 2020 Perak State Government. Last Updated : Thursday 27 November 2025, 04:19:41.
Best Display: 1600 x 900 Pixels via Mozilla Firefox at RESPONSIVE SET UP.