2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat : 15 Mei 2018

YAB Menteri Besar ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
IPOH, 15 MEI 2018 - DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan mencemar duli ke Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak bersama YAB Menteri Besar Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, di Dataran Bandaraya Ipoh.
Majlis tersebut yang dihadiri YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir turut diserikan dengan kehadiran lebih 2,000 warga bandar raya yang terdiri di kalangan pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.
YAB Ahmad Faizal serta isteri Nomee Ashikin Mohammed Radzi tiba di dataran berkenaan sekitar 8.45 malam disambut Datuk Bandar Ipoh, YBhg Dato’ Zamri Bin Man dan Setiausaha Bandaraya, Encik Zakuan Bin Zakaria.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharuddin dan Ketua Pemuda Amanah Negeri, Hasnul Bin Zakaria.
YAB Menteri Besar ketika ditemui berkata, majlis berkenaan diadakan bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan semua masyarakat di sekitar bandar raya yang telah memilih Pakatan Harapan (PH) selaku kerajaan negeri baharu.
Katanya, pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena majlis tersebut dan rata-rata rakyat menyambut baik pelaksanaan majlis berkenaan.
“Terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami. Program seumpama ini merupakan platform untuk para pemimpin dan rakyat jelata mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.
“Kita juga rasa dengan sambutan yang menggalakkan ini, ia akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan,†ujar beliau.
|
|
YAB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis tersebut. |
|
|
DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Rja Muda Musa berkenan mencemar duli beramah mesra dengan YAB Menteri Besar dan tetamu kehormat yang lain. |
|
|
Persembahan silat antara acara yang dilangsungkan dalam majlis berkenaan. |
|
|
YAB Menteri Besar Kedah ketika menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan. |
|
|
Dato' Jamal Abdillah antara penyanyi undangan yang dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.