
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data yang terdapat dalam portal data.gov.my juga boleh digunakan secara bebas oleh mana-mana pengguna portal selagi tidak menyalahi terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi data. Ianya juga berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.
Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Kerajaan Negeri Perak menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan selagi tidak menyalahi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.
Data Terbuka Bagi Tahun 2023
- Statistik Pendaftaran Penceraian Mengikut Kumpulan Umur Negeri Perak (JAIPk)
- Jumlah Penjawat Awam Di Negeri Perak (BPSM)
- Senarai Rumah Sembelihan Kerajaan Di Negeri Perak (JPVPk)
- Senarai Padang Ragut Di Negeri Perak Yang Diselia Oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
- Laporan Transaksi Dan Pembayaran Parkir Menggunakan Aplikasi Park-Perak PBT Negeri Perak (BKT)
- Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Maklumat Di Pejabat SUK Perak (BPM, PSUK Pk)
- Rekod Penyelenggaraan Sistem S3PK Pejabat SUK Perak (BPM, PSUK Pk)
- Rekod Penyelengaraan Portal Di Pejabat SUK Perak (BPM, PSUK Pk)
- Rekod Penyelengaraan Server Webhosting Di Pejabat SUK Perak (BPM, PSUK Pk)
- Laporan Maklum Balas Senarai Berdasarkan Jumlah Kes Masuk Atau Diterima Di Jabatan Kerja Raya Perak
Data Terbuka Bagi Tahun 2022
- Kes-Kes Lembaga Rayuan Negeri Perak Plan Malaysia
- Lokasi Penginapan Di Negeri Perak
- Kadar Bayaran Salinan Digital Rancangan Pemajuan Plan Malaysia
- Guru Agama Dakwah Jabatan Agama Islam Perak
- Garis Panduan Perancangan (GPP) Yang Diterima Pakai Oleh Negeri Perak
- Statistik Gunatanah Negeri Perak Plan Malaysia
- Senarai Pengredan Premis Makanan PBT Negeri Perak
- Senarai Pasar Awam, Pasar Sehari, Pasar Malam, Pasar Lambak Dan Pasar Tani Pihak Berkuasa Tempatan
- Senarai Alamat Pejabat JPS Perak
- Status Pewartaan Rancangan Pemajuan Negeri Perak Oleh Plan Malaysia
Sila Klik disini Bagi Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak