DYMM Paduka Seri Sultan Perak Rasmi Masjid Al-Hidayah : 1 Jun 2018

DYMM Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan gimik perasmian Masjid Al-Hidayah.
LAHAT, 1 JUN 2018 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan hadir ke Majlis Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Perak sekali gus merasmikan Masjid Al-Hidayah, RPT Pegoh Seberang.
Keberangkatan tiba baginda disambut jawatankuasa masjid dan pentadbiran kerajaan negeri.
Turut berangkat, DYAM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYTM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.
Hadir sama, YB Exco Kerajaan Negeri, Tuan Haji Asmuni Bin Awi dan Dato’ Seri Mohammad Nizar Bin Jamaluddin.
Baginda sebelum itu menyempurnakan upacara penanaman anak pokok Doa atau Bucida Batik dan berkenan membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian masjid.
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudiannya bersama pemimpin tempatan dan lebih 1,000 masyarakat menyertai tahlil dan majlis berbuka puasa, disusuli solat Maghrib berjemaah.
Baginda turut berkenan menyampaikan bantuan Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada 4,697 asnaf dari lapan mukim melibatkan jumlah keseluruhan RM1.174 juta.
Bantuan diterima penghulu setiap mukim yang terlibat iaitu Mukim Ipoh, Hulu Kinta kawasan Lahat, Mukim Hulu Kinta kawasan Tanjung Rambutan, Mukim Hulu Kinta kawasan Chemor, Mukim Sungai Raya, Mukim Sungai Terap, Mukim Tanjung Tualang dan Mukim Belanja, Tronoh.
|
|
DYMM Sultan Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masji Al-Hidayah. |
|
|
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Aidilfitri daripada MAIPk kepada penghulu bagi Mukim Hulu Kinta kawasan Lahat. |
|
|
DYMM Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan replika cek bantuan Aidilfitri daripada MAIPk kepada Penghulu Mukin Hulu Kinta (Ipoh). |
|
|
DYMM Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menyantuni tetamu yang hadir. |
|
|
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.