YB Dato’ Ngeh Koo Ham Dilantik Speaker Dun Perak : 3 Julai 2018

YB Dato' Ngeh Koo Ham mengangkat sumpah selaku Speaker DUN Perak yang baharu.
IPOH, 3 JULAI 2018 - YB Ahli Parlimen Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham, 57, dilantik menjadi speaker DUN Perak pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-14 bagi pemilihan Speaker.
Nama beliau telah dicadangkan oleh YB ADUN Tebing Tinggi, Prof Dr Abdul Aziz Bin Bari dan disokong oleh YB ADUN Pasir Panjang, Yahaya Bin Mat Nor.
YB Dato’ Ngeh Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak dipilih melalui pengundian mengatasi dua calon lain, iaitu bekas Timbalan Speaker DUN, Dato’ Nasaruddin Bin Hashim, dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Bin Masduki.
Sementara itu, YB ADUN Behrang, Aminuddin Bin Zulkipli telah dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.
YB Aminuddin Bin Zulkipli dari Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan calon tunggal jawatan itu apabila tarikh pencalonan ditutup pada 26 Jun lalu.
Seterusnya, Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh kesemua 59 ADUN didahului YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, diikuti oleh ADUN lain.
|
|
YB Aminuddin Zulkipli mengangkat sumpah selaku Timbalan Speaker DUN Perak yang baru. |
|
|
YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyarungkan jubah Speaker DUN kepada YB Dato' Ngeh Koo Ham. |
|
|
Setiausaha DUN, Encik Kamarulariffin Bin Haji Ayub mengira undi bagi pemilihan Speaker DUN negeri. |
|
|
YB Haji Asmuni Bin Awi meletakkan undi bagi memilih calon Speaker DUN Negeri yang baru. |
|
|
YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu mencadangkan penangguhan sidang DUN Negeri. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.