Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah : 20 September 2018

Dato' Seri Ismail Bin Bakar ketika menyampaikan ucapan kepada para penjawat awam negeri dalam majlis tersebut.
IPOH, 20 SEPTEMBER 2018 - Semua penjawat awam diminta menjalankan tugas dan perkhidmatan dengan penuh amanah selain menghormati perubahan yang berlaku khususnya membabitkan pentadbiran negara.
YB Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Dr Ismail Bin Bakar berkata, penjawat awam bukan hanya perlu berkhidmat untuk kerajaan semasa yang memerintah malah penumpuan terhadap masalah dan aduan rakyat juga perlu dititikberatkan.   ÂÂÂÂ
 “Kalau kita tidak memberikan yang terbaik rakyat akan marah. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,†kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Bual Bicara  Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal.
Beliau berkata perubahan sesebuah kerajaan adalah berteraskan kepada kehendak rakyat dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi ia perlu dihormati.
Sementara itu, YB Dato’ Mohd Gazali Bin Jalal berkata, pada ketika ini terdapat seramai 85,710 penjawat awam persekutuan di negeri Perak dengan majoritinya adalah guru, polis dan tentera.
Katanya, bilangan penjawat awam negeri pula adalah seramai 13,505 dengan 12,752 daripadanya bertaraf tetap, manakala 753 orang lagi merupakan kakitangan kontrak.
|
|
YB Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal ketika berucap dalam majlis berkenaan. |
|
|
YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan ucapan sempena program tersebut. |
|
|
YAB Menteri Besar Perak dan YB Ketua Setiausaha Negara bersama sebahagian penjawat awam negeri Perak. |
|
|
Sebahagian daripada penjawat awam di majlis tersebut. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.