YB SUK Kunjungi Zoo Taiping & Bukit Larut : 22 Oktober 2018

YB Setiausaha Kerajaan melawat ke sekitar kawasan Zoo Taiping.
TAIPING, 22 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Hj. Zainal Azman Bin Abu Seman mengadakan lawatan ke Zoo Taiping dan Bukit Larut.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), YBhg. Dato' Hj. Abd. Rahim Bin Md Ariff, Setiausaha MPT, Tuan Hj. Borhan Bin Abdul Halim dan Pegawai Daerah Larut Matang, Encik Akmal Bin Dahalan. ÂÂÂÂ
Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di belah utara Semenanjung Malaysia. Mempunyai keunikannya tersendiri, Zoo Taiping terletak dalam kawasan semula jadi yang berhampiran Taman Tasik Taiping di kaki Bukit Larut.
Dengan keluasan 36 ekar, Taman Mergastua Sultan Idris Shah yang turut dikenali sebagai Zoo Taiping menempatkan 1200 ekor binatang dengan 140 spesis. Zoo Taiping juga telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan konsep terbuka yang memberi kepuasan kepada pengunjung bagi menikmati keindahan semulajadi di setiap pameran.
Turut menjadi tumpuan, Bukit Larut yang juga dikenali sebagai Maxwell Hill yang merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun.
Bukit Larut yang terletak di ketinggian 1,250m dari aras laut dan kira-kira 3 hingga 5 kilometer dari Bandar Taiping ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Beberapa keindahan menarik yang dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Bukit Larut sudah pastinya akan menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung.
|
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri mendengar penerangan ringkas. |
|
|
YB Setiausaha Kerajaan bergambar bersama pegawai dan kakitangan Zoo Taiping. |
|
|
YB Setiausaha Kerajaan berbincang bersama pegawai yang hadir. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.