Kunjungan Hormat Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) : 25 Oktober 2018

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dalam kunjung hormat berkenaan.
IPOH, 25 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah menerima kunjungan hormat rasmi daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Turut hadir adalah YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman.
Dalam kunjung hormat itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman juga telah menyerahkan senarai nama ketua-ketua Kampung seluruh negeri Perak.
|
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan senarai nama Ketua-ketua Kampung seluruh Perak kepada Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus. |
|
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika membincangkan hal berkaitan senarai nama Ketua-ketua Kampung seluruh negeri dalam kunjung hormat berkenaan. |
|
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan cenderahati kepada Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dalam kunjungan hormat tersebut. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.