CUEPACS Beri Takaful Cuepacspa-Raya Percuma Sempena Hari Pekerja : 30 April 2019

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, Tuan A. Sivanesan ketika berucap pada seminar berkenaan.
IPOH, 30 APRIL 2019 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memberikan perlindungan takaful kemalangan CuepacsPA-Raya secara percuma kepada kira-kira 10,000 penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja 2019.
Presiden CUEPACS, Dato' Azih Bin Muda berkata, program takaful itu adalah kerjasama MyCuepacsCare dan Zurich General Takaful Malaysia Bhd. (Zurich) yang memberikan perlindungan sehingga RM220,000 sekiranya berlaku kemalangan bermula pada 20 Mei hingga 19 Jun depan semasa perayaan Aidilfitri.
Beliau berkata, pemberian CuepacsPA-Raya percuma adalah selaras dengan hasrat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memastikan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful.
"Penjawat awam yang hadir ke Sambutan Hari Pekerja CUEPACS pada hari ini dan 2 Mei di sini serta Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 1 Mei akan diberikan CuepacsPA-Raya percuma.
"Risiko berlakunya kemalangan ketika musim perayaan adalah tinggi berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Justeru, saya berharap penjawat awam tidak membiarkan diri mereka tanpa perlindungan sewajarnya,"
Beliau berkata demikian pada Seminar Hari Pekerja CUEPACS yang berlangsung di Stadium Indera Mulia.ÂÂÂÂ
Hadir sama YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, Tuan A. Sivanesan.ÂÂÂÂ
Terdahulu, seminar berkenaan dihadiri lebih 1000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan seluruh negeri.ÂÂÂÂ
Tambah beliau, antara manfaat ditawarkan melalui CuepacsPA-Raya adalah perlindungan untuk kemalangan sebagai penumpang pengangkutan awam atau kenderaan persendirian, pembunuhan, serangan, mogok, rusuhan dan kekacauan awam.
"Kemalangan tidak boleh dijangka, tetapi sebagai penjawat awam mereka boleh merancang bagaimana untuk menghadapi kemalangan itu dengan perlindungan sewajarnya. Diharap usaha ini dapat meningkatkan kesejahteraan warga penjawat awam," ujar beliau.
![]() |
Salah seorang peserta mengajukan soalan kepada ahli panel dalam seminar tersebut. |
![]() |
Antara penjawat awam yang hadir dalam seminar yang berlangsung di Stadium Indera Mulia. |
![]() |
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, Tuan A. Sivanesan turut beramah mesra dengan seorang peserta OKU yang hadir. |
![]() |
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia beramah mesra dengan penjawat awam yang hadir dalam seminar tersebut. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.