41 Anak Perak Terima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2019/2020 : 20 Ogos 2019

YB Ir Ahmad Fadhil bin Nuruddin selaku Ahli Lembaga Pinjaman Pengajian Tinggi Perak ketika menyampaikan ucapan perasmian.
IPOH, 20 OGOS 2019 - 41 orang graduan Ijazah Sarjana Muda telah menerima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah semasa Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Sesi 2019/2020, hari ini.
Pinjaman boleh ubah ini dianugerahkan kepada peminjam yang telah memperoleh kelas pertama dalam pengajian bidang masing-masing dari university dalam dan laur Negara.
Antara penerima anugerah tersebut adalah Raudhah Adibah Ahmad Zubir dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Syarmini a/p Rajendran dari Saveeta University dan Cheng Karmen dari Royal College of Medicine Perak (RCMP).
Raudhah Adibah, graduan Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) UTHM melahirkan rasa gembira atas penerimaan biasiswa tersebut yang memudahkannya membiayai sepanjang tempoh pengajian.
Encik Rajendran, bapa kepada Syarmini menyifatkan pinjaman boleh ubah ini sangat membantu beliau bagi menampung pembiayaan pendidikan anak beliau dalam bidang pengajian pergigian di Saveetha University, India.
“Saya sangat bersyukur kepada Kerajaan Negeri Perak kerana memberikan biasiswa kepada anak saya dan menerimanya dengan hati yang terbuka atas keprihatinan kerajaan negeriâ€ÂÂÂ, ujar beliau.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Perak telah menawarkan pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada 500 anak Perak terdiri daripada 95 penerima peringkat diploma, 361 penerima ijazah sarjana muda, 22 penerima ijazah sarjana dan 22 penerima ijazah falsafah.
Kerajaan negeri turut menawarkan pemberian rebat sebanyak 20% mulai 1 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019 kepada peminjam sedia ada yang ingin membayar keseluruhan baki pinjaman mereka.
Insiatif ini adalah bertujuan untuk menggalakkan peminjam sedia ada untuk membayar balik sekali gus meningkatkan jumlah kutipan bayaran balik bagi membantuk menambahkan bilangan pelajar yang ditaja Pinjaman Pengajian Tinggi pada masa hadapan dengan menggunakan semula nilai penambahan kutipan yang diperoleh.
![]() |
Sesi bacaan ikrar bagi penerima Pinjaman Pengajian Tinggi Perak. |
![]() |
Raudhah Adibah binti Ahmad Zubir menamatkan pengajinannya dengan CGPA 3.84 dalam bidang Pendidikan Vokasional di UTHM. |
![]() |
Cheng Karmen, graduan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan RCMP Perak. |
![]() |
Syarmini ap Rajendran, graduan Pengajian Pergigian dari Saveetha University bersama kedua ibu bapanya. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.