Kerajaan Negeri Dalam Proses Rizabkan Tanah Orang Asli : 11 September 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika merasmikan Sambutan Hari Orang Asal 2019 yang bertemakan 'Memperkasakan Bahasa dan Budaya Orang Asli'.
TAPAH, 11 SEPTEMBER 2019 - Kerajaan negeri sedang dalam proses untuk merizabkan tanah Orang Asli hampir 6,000 hektar untuk kawasan rayau dan penempatan kaum minoriti berkenaan di negeri ini.
YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, ketika ini kerajaan negeri telah meluluskan rizab tanah hampir 14,000 hektar untuk kawasan rayau dan 70 penempatan Orang Asli di seluruh negeri di bawah Akta Orang Asli 1954.
Beliau berkata kebanyakan rizab tanah kawasan rayau dan penempatan Orang Asli itu terletak dalam kawasan hutan simpan dan turut melibatkan tanaman yang diusahakan.
"Ini akan meletakkan Perak sebagai negeri yang merizabkan tanah Orang Asli paling luas dalam kalangan semua negeri khususnya untuk dijadikan kawasan rayau dan penempatan Orang Asli," ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Orang Asal 2019 bertemakan 'Memperkasakan Bahasa dan Budaya Orang Asli' di Dewan Merdeka.
Turut hadir YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.
Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada program jangka panjang untuk mendaya upayakan masyarakat Orang Asli di negeri ini.
"Oleh itu, kerajaan negeri tampil dengan inisiatif lebih besar iaitu Program Kampung Angkat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri dengan terdapat kira-kira 20 penempatan Orang Asli telah menjadi kampung angkat GLC.
"Di bawah program kampung angkat ini, syarikat-syarikat ini menjalankan pelbagai program sepanjang tahun untuk meningkatkan taraf pendidikan, sosial dan ekonomi masyarakat Orang Asli di negeri ini," kata beliau.
![]() |
Antara tetamu terdiri dikalangan masyarakat Orang Asli yang hadir pada Sambutan Hari Orang Asal 2019. |
![]() |
Antara persembahan yang dilakukan masyarakat Orang Asli pada Sambutan Hari Orang Asal 2019. |
![]() |
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama tetamu kehormat dan masyarakat Orang Asli yang hadir pada Sambutan Hari Orang Asal 2019. |
![]() |
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika hadir pada Sambutan Hari Asal 2019 bertemakan 'Memperkasakan Bahasa dan Budaya Orang Asli. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.