Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang Jabatan-Jabatan Negeri Perak : 6 Februari 2020

Sesi penyampaian sijil kepada semua jabatan dan agensi yang telah mencapai prestasi cemerlang (100%).
IPOH, 6 FEBRUARI 2020 – YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil kepada semua jabatan dan agensi yang telah mencapai prestasi cemerlang (100%) bagi tahun 2019 yang melibatkan isu-isu pengurusan bagi jabatan-jabatan negeri.
Isu-isu pengurusan yang diambil kira adalah Pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Penyediaan MyPortfolio, Pelaksanaan Tujuh (7) Hari Berkursus, Penyelesaian Aduan Awam dan Pematuhan Terhadap Kriteria Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK).
Sesi penyampaian sijil ini diadakan bersempena Mesyuarat Pemantauan Isu-Isu Pengurusan Di Bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diadakan secara berkala setiap tahun melibatkan 71 jabatan termasuk jabatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dan Badan Berkanun Negeri.
![]() |
Antara jabatan yang menerima sijil penghargaan bagi tahun 2019. |
![]() |
Antara jabatan yang menerima sijil penghargaan. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.



Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.